Pulau Aman

Ni kawasan parking jetty pulau aman
 
Kat hujung jeti nanti kena beli tiket sebelum naik bot



 Ni kat jeti, sementara menunggu boat, pemandangan yg cantik
 

                                                                   Baru berlepas dari jetty

Semua seronok dapat naik bot
 
perjalanan dari jeti memakan masa dalam 15 minit jeee. 
 
Ini salah sorang pelancong dari Mexico
 

 

Nak try cara mancing kat malaysia, Kat mexico mancing
cara lain sikit..... 
Dah nak sampai dah
Dah sampai pun
 
Tapi nasib tak baik, umpan dah habis ....
Terpaksalaaa memancing kat restoran terapong

 

Ini lak pelancong dari jepun, nak merasa mee udang  

 

 
 
 
Ini lah keistimewaan pulau aman ni.. dengan me udang dan ketam rebusnya.
 
 

 

Tengok pelanggan memang tak pernah putus

 

Ini  pelancong dari china
 
Ini lak pelancong dari hawaiiii...

 

Ini yg kepala lincin ni tak sempat nak tanye dari mane....
 

 

Antara aktiviti org2 kampung dipulau ni buat kuih kapit
 
Peminat ikan kering, ikan pekasam fresh...ha sini la tempatnya.

 

Kalu nak ke Pulau aman disarankan pada waktu pagi dalam kui 9.00 atau 10.00
pada musim hujan tak digalakkan, terutama pada keluarga yang ada kanak2, bahaya..  
 
inila ahli keluarga mexico tadi...


semua santai selepas kenyang menjamu selera. ini adalah antara chalet yg anda boleh sewa secara harian.

Sebenarnya banyak aktiviti yg anda boleh lakukan disini antaranya berkayak, mengayuh basikal keliling kampung, memancing dan banyak lg. 

 

Dah sampai masa untuk berangkat, posing untuk kenangan dulu

 

Pemandangan jeti
 

                                             Bye2 Pulau aman....nanti kami mai lagi


Tips#. Sampai je kat restoran terapung tu terus je beratur untuk beli seafood,

sorang lagi pi reserved tempat siap2.Kalu hampa sampai time lunch memang
tak dak tempat  (full house)  kat sini semuanya
fresh, udang, udang lipan ketam semua idup2 lagi.
pilih je yg mana berkenan.Dah timbang dan bayar semua, bawak bakul udang tersebut kedalam restoran. Habanq kat tokey kedai tu nak rebus biasa je (Rm2).
kepada peminat udang boleh la cuba udang lipan, saya rasa lagi best,
isinya pun banyak. Brother2 kita yang brutal dan suka pada cabaran boleh la order ketam.
Sebab nak makan ketam ni depa sediakan hammer  (tukul) setiap sorang 1, time ni la
bunyinya macam buat rumah
 

Tiket :- Dewasa Rm6.00 & kanak-kanak Rm4.00 untuk 2 hala/pergi dan balik

Bot dari Jeti Batu musang start kui 9.00am, last bot dari jeti pulau aman kui 5.00pm.
*Pulau aman ni kecik je dlm 2 jam ronda pun blh  abih dah.
* Apa yg menarik kat sini hasil lautnya, seperti ikan kering, ikan pekasam
ikan, udang dan ketam fresh.Aktiviti memancing kat jeti, hampa juga blh sewa basikal ronda kg untuk tgk suasana perkampungan nelayan.

Additional House view

 
 

About Us

Mencari homestay secara harian dan bulanan di Pulau Pinang . Beberapa unit apartment dan teres berdekatan Universiti Sains Malaysia di Gelugor dan SPICE Bayan Baru. Harga berpatutan dan selesa untuk penginapan seisi keluarga. Sila hubungi +60124229767 untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

Reservation

Untuk memudahkan tempahan, pelanggan boleh membuat tempahan terlebih dahulu. Kekosongan adalah tertakluk kepada pengesahan bayaran deposit. Sila maklumkan dengan segera kepada kami sekiranya telah membuat deposit untuk rumah yang ditempah.

Contact us