Tanjung Asam

 

 
Tanjung Asam, tempat perkelahan yg tak kurang popular dipenang ni.
terletak digertak sanggul jalan nak pi balik pulau
 
lepas je Sungai Batu/Teluk kumbar, sebelah kiri nampak sign jalan
gertak sanggul, belok kiri. kalau terus hampa boleh la round island
ke balik pulau, teluk bahang dan terus ke batu feringghi. 
 
parking keta kat sini, turun ikut lorong depan tu.
 
Banyak kemudahan yang disediakan, ada kedai makan, tandas, chalet & karaoke pun ada
 
Ada kawasan yang berbumbung beserta dengan BBQ set boleh disewa.
Pelampung sewa disediakan, kebisaan pada cuti sekolah depa sediakan perkhidmatan bot untuk bersiar-siar disekitar pUlau berdekatan, dengan bayaran yang berpatutan.
 
 pot ni la kami selalu mandi, agak redup. kalau hampa kedepan lagi
ada satu tangga kat sana, naik tangga tu banyak gerai makanan kat atas sana.. 
 

 

bagi kaki2 pancing, batu depan tu la tempat depa bertarung

 

kawasan yang bersih dan terjaga, pasirnya pun cantik
 
kat bawah pokok hujung nun pot ambo selalu memancing, tapi hasilnya
tak begitu teruja...

Additional House view

 
 

About Us

Mencari homestay secara harian dan bulanan di Pulau Pinang . Beberapa unit apartment dan teres berdekatan Universiti Sains Malaysia di Gelugor dan SPICE Bayan Baru. Harga berpatutan dan selesa untuk penginapan seisi keluarga. Sila hubungi +60124229767 untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

Reservation

Untuk memudahkan tempahan, pelanggan boleh membuat tempahan terlebih dahulu. Kekosongan adalah tertakluk kepada pengesahan bayaran deposit. Sila maklumkan dengan segera kepada kami sekiranya telah membuat deposit untuk rumah yang ditempah.

Contact us