Rumah P Ramlee

 

Kalau kePulau Pinang tak sah kalau tak singgah
kat rumah P.Ramlee, atau nama sebenar beliau adalah Ramli Bin Puteh  
 
Alamat Rumah Kelahiran P. Ramlee :-
 
Lot 2180, Jalan P. Ramlee
 
10460 Pulau Pinang
 
Malaysia
 
 
 
Nombor Telefon : [04] 281 7484
 
 
Inilah rumah Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dari luar. Rumah yang
beratap nipah berlantai papan ini telah dibina oleh ayah Beliau iaitu
Puteh Bin Karim bersama-sama dgn bapa saudaranya Rejab Bin Hussain
pada tahun 1926. Asal kayu rumah ini dahulunya adalah daripada
rumah dilorong Yahudi yang telah dirobohkan kerana kawasan itu digunakan untuk
pembinaan kuaters kerajaan. Bapanya telah membina kembali rumah ini
diCounter Hall ( sekarang Jalan P.Ramlee).
 
 
 
P.Ramlee telah dilahirkan dirumah ini pada 22 Mac 1929.
setelah habis pantang selama 44 hari, P.Ramlee telah dibawa
kerumah ibubapanya di Kampung Jawa. Walaubagaimanapun, beliau
sering berulang alik kerumah ini sehinggalah beliau meninggalkan
Pulau Pinang untuk ke Singapura.
 
 
 
Maaf tak banyak gambar yg dapat dimuatkan
kat sini. kalau nak tau apa yg ada kat dlm
mai la singgah...
 
 
 Segala sejarah perjalanan hidup beliau  diabadikan
kat dlm rumah ni. tapi anda ditegah /dilarang
mengambil sebarang gambar didalam rumah mahupun
didalam galeri. Jadi anda hanya boleh melihat
dan membaca sahaja. 
Buat pengetahuan anda, kat dlm rumah ni
dah dilengkapi dgn CCTV, tak macam dolu-dolu.
tangkap je gambar, silap-silap hangpa kena tangkap dgn pak guard.
 
Pemandangan kat bawah rumah, basikal kesayangan
beliau.

 

 

 

Rumah ini telah pun dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun
pada tahun 1948. Rumah ini kini telah dibaik pulih semula oleh
Arkib Negara Malaysia dan mengekalkannya dalam bentuk asal.

 

 

 

 

 

Pemandangan dari depan rumah, pihak pengurusan  memang  
mengambil berat tentang kebersihan persekitaran.
 

 

Ini pula adalah Galeri P.Ramlee

 

Kat dalam ni macam-macam ada. 

 

Dari awal pembabitan beliau dlm bidang seni
hinggalah saat-saat akhir pemergian beliau.
 
 
Rumah P.Ramlee dibuka setiap hari dari pukul
10.00am - 5.00pm. Kecuali hari ISNIN (tutup), jgn mai
hari isnin nooo....... kecuali public holiday..... Dari Rumah P.Ramlee
ni jalan jer ke Road Walk Market. 
 
  MASUK ADALAH PERCUMA

Additional House view

 
 

About Us

Mencari homestay secara harian dan bulanan di Pulau Pinang . Beberapa unit apartment dan teres berdekatan Universiti Sains Malaysia di Gelugor dan SPICE Bayan Baru. Harga berpatutan dan selesa untuk penginapan seisi keluarga. Sila hubungi +60124229767 untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

Reservation

Untuk memudahkan tempahan, pelanggan boleh membuat tempahan terlebih dahulu. Kekosongan adalah tertakluk kepada pengesahan bayaran deposit. Sila maklumkan dengan segera kepada kami sekiranya telah membuat deposit untuk rumah yang ditempah.

Contact us